Thursday, 27 March 2014

Siap Jugak Akhirnya.

Assalammualaikum,

Dengan gigih saya kerah adik saya siapkan header,walaupun tak siap lagi tapi saya tak dan dan nak pasang.
sebab pagi pagi buta tadi gagah bangun awal untuk edit blog.

sebenarnya saya memang dah lupa sangat nak edit macam mana, tambah lagi edit html dah version baru.
tapi oleh kerana saya semangat dan mood yang membuak buak tambah lagi ada masa lapang, maka haruslah saya lakukan.

tajuk entry saya hari tak kena dengan entry sebenarnya sebab edit blog tak cukup siap lagi, ada lagi yang saya lupa dan masih merangkak nak edit.

tsk.

walaubagaimana pun saya tetap bersyukur,sampai lenguh pinggang sakit kepala menghadap blog lama-lama.

ini lah hasilnya harini.



email (intansaffyna@yahoo.com/) dan url (http://intansaffyna.blogspot.com/) blog terpaksa ditukar yang baru serta merta,oleh kerana blog lama telah hilang.

tamplete saya daripada simple saya tukar kepada tamplate dashed denim,jenuh jugak nak edit satu persatu dah la tak reti.
background saya dapat kat google,tetiba suka background yang konsep bunga-bunga sejak dah jadi isteri sekarang.huhu

header adik saya yang buatkan.saya suka header ni, dalam header tu gambar kawen saya bulan 6 tahun lepas 2013. [nasib baik saya tak update lagi pasal kawen dalam belog lama sebab terlampau buzy, kalau tak mesti saya sedih sebab penat saja saya update. mungkin tak lama lagi saya akan update cerita kawen saya sebab ada yang suruh update.janji ?]


background yang longjung untuk tarikh dan tajuk sidebar tu saya ambik balik dari blog yang lama, nasib baik saya jumpa balik link background tu,lega betul hati tak payah nak edit banyak-banyak.

serius, saya terlalu sayangkan blog lama. +_+

sekian.

Tuesday, 25 March 2014

Saya dah lupa sangat

Assalamualaikum,

dah dekat sebulan kot buat blog baru ni, tapi masih tak memperkenalkan lagi, sebab memang buzy yang amat, lagi satu sebab saya dah lupa macam mana nak buat belog baru.


ini pun saya gagah cari blog blog pakar untuk buat balik belog ni.

ada sapa sapa boleh tolong ajar saya untuk bina blog, sebab saya memang dah lupa plus edit blog dah tukar versi baru. tolong saya boleh?

then,

jom la follow saya balik,saya tengah paksa tau ni, pls! +_+

follow instagram saya jugak http://instagram.com/intansaffyna

sertakan link blog anda juga tau, saya follow nanti tau

bye.


Tuesday, 4 March 2014

First Entri : Kehilangan Domain

Assalammualaikum.

hari ni saya telah update entry yang pertama pada tahun 2014. pada blog yang baru saya create semalam, oleh kerana saya terlalu sayangkan blog yang lama saya terpaksa menaip seperti ini. tsk.

disebabkan kesilapan sendiri atau saya pun tak pasti adakah ia tidak disengajakan. tsk lagi.

oleh kerana saya telah jadi ketinggalan dengan baru memiliki belog sedangkan setelah 3 tahun saya jadi seorang penaip tak berapa nak tegar,saya rasakan sangat teruk bila saya memulakan menaip dengan belog yang baru dan masih kosong. hanya disebabkan saya kehilangan domain.

bertapa rindunya saya dengan www.intansaffyna.my
saya terlalu buzy sangat sangat sangat sebelum berkahwin, selepas berkahwin dan sekarang masih juga tak sempat untuk saya luangkan masa dengan belog, sehingga dia merajuk dengan saya. hmm

oleh kerana saya tak check email yang menyatakan saya perlu renew domain 3bulan lebih awal, maka saya kehilangannya. salah saya ke? ia salah saya. sayalah yang menyebab hilang trafik blog,hilang followers hilang segalanya.


takpelah. mungkin ada hikmah di sebaliknya

berat betul hati nak buat belog baru, masih teringat dengan belog lama.rasa rugi sangat. biarlah blog lama berkubur disitu,saya terima. tambah lagi dengan penghijrahan saya selepas berkahwin banyak perkara yang perlu saya istiqamah. bagus juga begitu kerana belog yang lama mengambarkan diri saya sebelum berkahwin, free hair dan macam macam lagi.biarlah.

dengan belog yang baru ini bermula kehidupan saya selepas berkahwin,fully house wife. saya harap ada yang sudi menjadi kawan untuk blog baru ni, berharap.

saya akn sentiasa meluangkan masa saya untuk belog selepas ni, janji dan insyaalah.
sekian.
 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna