Tuesday, 4 March 2014

First Entri : Kehilangan Domain

Assalammualaikum.

hari ni saya telah update entry yang pertama pada tahun 2014. pada blog yang baru saya create semalam, oleh kerana saya terlalu sayangkan blog yang lama saya terpaksa menaip seperti ini. tsk.

disebabkan kesilapan sendiri atau saya pun tak pasti adakah ia tidak disengajakan. tsk lagi.

oleh kerana saya telah jadi ketinggalan dengan baru memiliki belog sedangkan setelah 3 tahun saya jadi seorang penaip tak berapa nak tegar,saya rasakan sangat teruk bila saya memulakan menaip dengan belog yang baru dan masih kosong. hanya disebabkan saya kehilangan domain.

bertapa rindunya saya dengan www.intansaffyna.my
saya terlalu buzy sangat sangat sangat sebelum berkahwin, selepas berkahwin dan sekarang masih juga tak sempat untuk saya luangkan masa dengan belog, sehingga dia merajuk dengan saya. hmm

oleh kerana saya tak check email yang menyatakan saya perlu renew domain 3bulan lebih awal, maka saya kehilangannya. salah saya ke? ia salah saya. sayalah yang menyebab hilang trafik blog,hilang followers hilang segalanya.


takpelah. mungkin ada hikmah di sebaliknya

berat betul hati nak buat belog baru, masih teringat dengan belog lama.rasa rugi sangat. biarlah blog lama berkubur disitu,saya terima. tambah lagi dengan penghijrahan saya selepas berkahwin banyak perkara yang perlu saya istiqamah. bagus juga begitu kerana belog yang lama mengambarkan diri saya sebelum berkahwin, free hair dan macam macam lagi.biarlah.

dengan belog yang baru ini bermula kehidupan saya selepas berkahwin,fully house wife. saya harap ada yang sudi menjadi kawan untuk blog baru ni, berharap.

saya akn sentiasa meluangkan masa saya untuk belog selepas ni, janji dan insyaalah.
sekian.

No comments:

 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna