Thursday, 27 March 2014

Siap Jugak Akhirnya.

Assalammualaikum,

Dengan gigih saya kerah adik saya siapkan header,walaupun tak siap lagi tapi saya tak dan dan nak pasang.
sebab pagi pagi buta tadi gagah bangun awal untuk edit blog.

sebenarnya saya memang dah lupa sangat nak edit macam mana, tambah lagi edit html dah version baru.
tapi oleh kerana saya semangat dan mood yang membuak buak tambah lagi ada masa lapang, maka haruslah saya lakukan.

tajuk entry saya hari tak kena dengan entry sebenarnya sebab edit blog tak cukup siap lagi, ada lagi yang saya lupa dan masih merangkak nak edit.

tsk.

walaubagaimana pun saya tetap bersyukur,sampai lenguh pinggang sakit kepala menghadap blog lama-lama.

ini lah hasilnya harini.



email (intansaffyna@yahoo.com/) dan url (http://intansaffyna.blogspot.com/) blog terpaksa ditukar yang baru serta merta,oleh kerana blog lama telah hilang.

tamplete saya daripada simple saya tukar kepada tamplate dashed denim,jenuh jugak nak edit satu persatu dah la tak reti.
background saya dapat kat google,tetiba suka background yang konsep bunga-bunga sejak dah jadi isteri sekarang.huhu

header adik saya yang buatkan.saya suka header ni, dalam header tu gambar kawen saya bulan 6 tahun lepas 2013. [nasib baik saya tak update lagi pasal kawen dalam belog lama sebab terlampau buzy, kalau tak mesti saya sedih sebab penat saja saya update. mungkin tak lama lagi saya akan update cerita kawen saya sebab ada yang suruh update.janji ?]


background yang longjung untuk tarikh dan tajuk sidebar tu saya ambik balik dari blog yang lama, nasib baik saya jumpa balik link background tu,lega betul hati tak payah nak edit banyak-banyak.

serius, saya terlalu sayangkan blog lama. +_+

sekian.

No comments:

 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna