Sunday, 27 April 2014

Dua hari tak update blog

Salam..

selesai saya blogwalking untuk malam ni, nak update entry panjang memang tak mood plus ngantuk giler hanya tunggu masa nak terlelap sendiri.

tapi,
saya gagahkan jugak untuk update apa2 walaupun entry pendek pastu letak gambar besar gedabak.

dan,
terima kasih kepada anda yang sudi singgah blog saya. kunjungan anda amat saya hargai. :)

Friday, 25 April 2014

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

Assalamualaikum^^

Salam Jumaat semua pembaca blog sekian alam semua.. mari memperingatkan diri kita termasuklah diri saya sendiri dengan menjadi 11 orang yang mendapat doa malaikat.


1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

2.Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3.Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4.Orang yang menyambung saf pada solat berjeamaah

5.Kalangan malaikat mengucapkan 'amin; ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

6.Orang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7.Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.

8.Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9.Orang yang membelajakan harta (infak)

10.Orang yang sedang bersahur.

11.Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


PS : semoga kita semua dirahmati oleh Allah awt.
Terima kasih sudi baca ^^

Thursday, 24 April 2014

Lagu dalam blog saya

Salam Ladiess,

Ni saya nak tanya bising sangat tak lagu dalam blog saya? ada rasa memekak tak? sebab ada orang yang bila masuk blog someone mesti laju-laju keluar balik sebaik saja terdengar lagu.. sebenarnya saya juga pun macam tu.. kadang-kadang terkejut bila lagu tu kuat sangat pastu ttetiba (tapi, tiba-tiba tau..tak sengaja pun..hheheee) laju je jari terus klik pangkah.

sebab tu saya nak tanya korang, bising sangat lagu kat blog saya ni?
tapi nak buat macam mana kalau bising pun korang slow kan jela woleum kat laptop korang kan.. huhu

lepas tu saya nak tanya best ke lagu kat blog saya ni? sebab lagu pun music je, tanpa suara. tapi saya suka lagu ni sebab dia guna Instrumental.. korang suka jugak ke?

sebab tadi ada yang cakap lagu ni best, lepas tu saya dapat email tanya saya pasang lagu apa??
sebenarnya lagu ni dah lama dulu tapi oleh kerana ia baru keluar dalam telenovela, terus saya cepat-cepat suka lagu ni..


mesti korang pernah tengok kot dekat tv3 drama philipina Temptation of Wife,saya guna lagu tema drama tu la.. sebab macam bestkan..

kalau korang jugak lagu ni, search je dekat youtube.
Sekian,

Wednesday, 23 April 2014

Bercinta Sambil Ber-Internet Kekal atau Tidak??

Salam Kasih Sayang.

Cinta siber di kalangan remaja tidak asing lagi kerana pengaruh facebook, twitter, Google + blog dan laman sosial yg lain.
Persoalannya di sini adakah cinta ini boleh kekal? Jika benar si dia itu cinta hati kamu, pasti hubungan kamu akan kekal hingga ke jinjang pelamin. Namun jika sebaliknya, kamu sendiri yang tahu akan jawapannya. Jom selongkar apakah ciri-ciri lelaki seperti ini?




Latar Belakang
Untuk pertama kali mengenali si dia, haruslah kamu menyelidik latar belakangnya terlebih dahulu. Jangan pula kamu mengambil langkah terburu-buru dengan menjalinkan hubungan dengannya tanpa mengetahui identiti si dia yang sebenar.
Kadangkala perkara ini sangat membahayakan. Bagi kamu yang pertama kali jatuh cinta, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manisnya. Sebolehnya kamu kenali si dia terlebih dahulu dan kemudian barulah kamu menilainya sama ada si dia bersesuaian ataupun tidak dengan kamu.
Mencari Kesalahan
Pada permulaan hubungan semuanya indah belaka tetapi apabila berbulanbulan menjalinkan cinta semuanya tidak kena dan ada sahaja kesalahan yang dicari. Maklumlah cinta seperti ini banyak dugaannya. Malah bukan kamu sahaja perempuan di dalam senarai rakannya tetapi ramai lagi.
Bahkan ada di antara rakan-rakan facebook atau Twitter juga di’ayat’ untuk mencuba nasib sama ada si dia ini laku ataupun tidak. Sekiranya berjaya mungkin mereka ini dijadikan kekasih gelapnya untuk dipergunakan. Oleh itu berhati- hatilah!
Tidak Serius
Kamu perlu mengetahui tentang ini, lelaki akan serius bila mana si dia benar-benar menginginkan kamu menjadi teman sehidup sematinya. Namun, bagi mereka yang tidak serius macam-macam alasan yang diberikan kepada kamu setiap kali kamu mengajak si dia datang ke rumah untuk berjumpa ibu bapa kamu atau mengambil kamu di rumah atau apa-apa sahaja.
Kadangkala alasan yang diberikan itu tidak masuk dek akal. Alih-alih kamu pula yang terpaksa mengikut rentaknya bagi menjaga perhubungan kamu dan si dia. Jika kamu seorang yang peka, kamu pasti boleh menghidunya dari awal perhubungan lagi.
Menggunakan Kata-Kata Manis
Ternganga seketika saat mendengar kata-kata manis yang hadir dari bibir sang arjuna kamu. Mungkin dari caranya membuatkan kamu teringat-ingat akan dirinya. Kaum lelaki ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan kata-kata manis untuk menambat hati kekasih hatinya.
Mungkin dengan cara ini kamu akan lebih terpikat dan menyayangi dirinya sehingga sukar untuk kamu melepaskan si dia pergi daripada hidup kamu. Kata-kata manis yang digunakan kadangkala hanyalah sandaran untuk mendapatkan kamu. Bahaya untuk kamu!

Terima kasih,
credit: Blog lama saya

Tuesday, 22 April 2014

Good Night

Salam Ladies,

Done.
3 Giveaway sekali gus saya join malam-malam buta ni, tak kisah pun menang atau tidak yang penting saya dah join dapat support kawan-kawan.. kawan-kawan pun datang bertandang ke blog baru saya jugak.. best kan macam tu.

Bila  fikir balik, saya rasa macam nak buat giveaway jugak.. anniversary dah nak sampai.ehh malu kita tutup muka dengan selimut,bye.


Selamat Malam.

Saturday, 19 April 2014

Info : Menangis itu Indah

Assalamualaikum.

Ketika kita menghadapi pelbagai masalah yang membuatkan kepala kta runsing dan pening, adalah wajar jika kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah. tak kira masalah cinta, masalah keluarga atau masalah di pejabat, berkongsilah dengan orang lain. Sekurang-kurangnya, ringan sikit beban yang ditanggung itu. Ada kalanya dengan berkongsi masalah ini, ia boleh memberikan idea untuk selesaikan masalah. Hmm.. bagus, kan?


Tapi ada pula sesetengah yang agak kekok nak bercerita. Dah jumpa orang yang nak berkongsi masalah tapi bermasalah pula nak bercerita. Alih-alih, yang muncul ialah air mata. Terutamanya perempuanlah. Yang lelaki macho ni jarang menangis.. Betul ke?


Menangis
Sebenarnya menangis pun salah satu cara untuk kurangkan beban masalah. Menurut pengkaji psikologi, air mata yang keluar sebenarnya akan membuatkan seseorang merasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stres dan terlalu banyak berfikir.


Untuk pengetahuan anda, dari sudut sains, air mata ini terbahagi kepada dua. 
  • Yang pertama ialah air mata iritasi iaitu air mata yang keluar disebabkan benda asing di dalam mata. 
  • Yang kedua pula ialah air mata emosional, iaitu air mata yang keluar kerana dorongan emosi atau perasaan. Yang kita bicarakan ini ialah air mata emosional.
jika stres ditafsirkan seperti racun, makan jika tidak dikeluarkan dari tubuh anda, ia akan menurunkan sistem kekebalan tubuh dan proses biologi lainnya. Proses pengeluaran racun dari dalam tubuh ini biasanya adalah ketika kita berpeluh dan menangis. Jadi, selain melegakan perasaan, menangis itu pun sihat.. Hmm.. anda boleh pilih dua cara sama ada nak bersukan ataupun menangis.. hehe

Alasan lain kenapa orang berasa lebih baik menangis semasa emosional adalah kerana air mata yang keluar mengandungi lebih banyak protein termasuk hormon yang menyebabkan stres. Jadi, bila anda menangis, air mata yang keluar akan merangsang pengeluaran hormon endorphin, sehingga muncul rasa lebih bahagia dalam diri kita. Itulah ajaibnya menangis.

Menyedari fungsi air mata, tidak hairanlah para ahli psikologi akan mencadangkan anda supaya menagis sebagai langkah awal untuk melegakan stres.
Oleh itu, jika memang anda berasa tidak sanggup menahannya, menangislah.. sedikit sebanyak ia akan melegakan anda.

p/s : siapa yang suka menangis kat sini , angkat tangan ! -.-'
credit : infomasi.my

Thursday, 17 April 2014

Info : Coca-cola Adalah Haram

Salam Semua,

Coca-cola !
Bukan lagi satu fenomena yang baru tentangnya, adakah ia haram, adakah ia berackohol dan adakah ia akan tabungkan duit setiap coca-cola yang kita beli kepada israilatnatulallah dan adakah ia minuman tapi dibuat cuci jamban??? penuh dengan persoalan. macam-macam lagi yang kita lihat dengan satu jenama coca-cola ini, maka mari kita sama-sama mengambil sedikit sebanyak tentangnya.

Suatu masa dulu saya adalah peminat coke jugak, setiap kali mesti saya akan beli. paling saya suka vanila coca-cola. ulang-ulang minum tak pernah puas. sampai sakit perut pun saya nak jugak minum. bertapa terpengaruh dan tertagihnya saya dengan jenama coca-cola.

tapi sekarang katakan tidak dengan COCACOLA lagi ! hampir setahun lebih saya tak minum coke ni, beli sendiri memang tidak lah kan. saya tak pasti kenapa saya dah tidak mahu membeli jenama coca-cola ni, sebab saya sendiri tidak tahu pun akan ketidak bolehnya meminum jenama ini.

maka saya buat research, saya cari info tentangnya,banyak yang saya baca sebenarnya.ini lah yang saya dapat, then terus kongsi dengan anda semua.


Sebenarnya saya sendiri baru saja tengok jenama coca-caola ini, diaplikasikan dengan Nabi Muhammad s.a.w dan Mekah tempat paling mulia. MashaAllah.

Mari kita sama-sama menimba ilmu bersama. Fakta coca-cola :

1.Coca-Cola mampu menghakis tulang. Hal ini dapat dibuktikan apbila kita masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. 

2. Coca-Cola digunakan untuk mencuci tandas : Masukkan air Coca-Cola ke dalam  mangkuk tandas dan biarkan selama 1 jam. Kemudian anda ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam air tersebut.

3. Untuk menghilangkan kean karat pada bumper kereta jenis chrome: caranya adalah dengan lap buper tersebut dengan aluminium foil yang direndam dalam air coca-cola. kesannya karat tersebut akan hilang .
4.untuk menghilangkan hakisan pada terminal bateri kereta : tuang saja air coca-cola asti akan kesan hakisan hilang serta merta..
5. untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : sekali lagi tuang setin coca-cola, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian  : letakkan air coca cola ke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa . kesan minyak tu pasti hilang.
7.coca-cola mempunyai bahan aktif seperti phosphoric asid. ia mempunyai nilai pH antara 2.8 hingga 3.2. ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. asid tersebut juga menghakis kekuatan  tulang belakang kita dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama penyakit osteoporoosis.
8. kandungan gula dalam air coca-cola bersamaan dengan 18 sudu cwan teh. kandungan gula yang tinggi ini akan menjurus kepada penyakit Diabetes.
9. menurut fakta yag dikeluarkan oleh pejabat agama islam, oleh kerana kndungan alkohol yang terdapat dalam air coca cola, maka adalah haram bagi seorang muslim meminumnya.
10. untuk pengetahuan pembaca , coca-cola diharamkan perjualannya di israel demi menjaga kesihatan rakyatnya. jadi meminum air coca-cola bukanlah suatu diet yang betul walaupun terdapat coca-cola diet yang dijual di pasaran.
*Walaupun air Coca-cola tidak diharamkan penjualannya di Malaysia,namun haruslah kita ingat bahawa minuman ini memberikan pelbagai  keburukan kepada kesihatan kita. Jadi ,mengapa perlu kita mengambil lagi minuman ini sedangkan kita telah tahu bahayanya.#Copy J
Terima Kasih Sudi Baca.

Tuesday, 15 April 2014

Tips : Cara Penjagaan Lens


Assalamualaikum^^

Firstly mase terima lens, perhatikan lens di dalam botol samaada lens dalam keadaan sempurna atau tidak. jika lens didapati koyak/rosak, jangan buka botol lens..terus tukar kepada si penjual supaya dapat digantikan dengan yg baru.

After buka botol, rendamkan lens selama 8 jam/ lebih menggunakan solution(multipurpose solution). jangan sesekali menggunakan air paip/air biasa untuk membersihkan lens/lens case. Selepas direndam baru boleh menggunakan lens dengan selamat.

Pada penggunaan pertama kali, start dengan 4 hours/jam dulu, and then baru ansur2kan jam pemakaiannya..tambah dlm 2 jam sehari. jika mata anda rase letih atau tidak tahan, perlulah membuka lens itu.jangan memaksa mata anda.rendam lens dlm soltuion water then baru pakai balik.

Jika tidak menggunakan lens untuk tempoh yang lama, setiap minggu perlu tukarkan solution water yang digunakan untuk merendam lens di dlm lens case.

Pastikan tangan anda dicuci bersih (soap free) dan dilap kering sbelum memegang/menyentuh lens. Jangan sekali2 berkongsi lens dengan orang lain..Sangat2 bahaya..

Checking if your lens is right side out

If the edges of your lens turn out, it is inside out. To correct this, apply a few drops of Multipurpose Solution on your lens and reverse it.


Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.

Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.

Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.

Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.

Lnngkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.


Pastikan kanta lekap anda:

• Bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan.
• Tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata.
• Selesa ketika memakainya.


MENCUCI DAN MENYIMPAN KANTA LEKAP

1. Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
2. Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
3. Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
4. Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
5. Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
6. Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.


Dalam masa yang sama saya turut menjual lens, bagi sesiapa yang berminat boleh order kat saya.

email sini :intansaffyna@yahoo.com
harga : RM15 SAHAJA.


Terima Kasih Sudi Baca.

Monday, 14 April 2014

Tarikh Cantik.

Hi Girl..

Hari ni memang tak ada idea nak update entry, tapi di sebab kan hari ni tarikh di calender sangat cantik, maka iols terus laju-laju buat satu short entry.

Ada yang mengaplikasikan tarikh cantik 14.4.14 dihari bahagia, mungkin ada yang menikah hari ini?? dan sambut sesuatu anniversary dan macam-macam lagi anda boleh laksanakan dengan tarikh cantik.

sama dengan saya, saya jugak tak terlepas dan mempunyai tarikh cantik,seperti 13.3 tarikh yang menemukan saya dengan suami dulu, tapi tahun je la yang menyimpang pada 2009.. hheehe
kira tarikh cantik jugak kan.. tsk.


lagi satu tarikh pernikahan kami pada 06.06, tarikh cantik jugak kan. tahun 2013.
tarikh persandingan saya 08.06.2013. tarikh lapan tu la pulak sempena tarikh lahir saya 08.10 saya memang suka numbor lapan. kalau orang cina dia cakap nombor kaya. hehe

sekian saja entry pendek kali ini,
kalau anda juga mempunyai tarikh cantik, jom lah kongsi kan dengan saya.. :)

Sunday, 13 April 2014

Tips : Cara Saya Menjaga Kulit Supaya Segar Dan Bebas Jerawat.

Salam Girl,

Cara saya sangat berkesan untuk saya. kalau anda insyaallah berkesan jugak, apa-apa pun mesti kena cuba dulu, kalau tak mana nak tahu keberkesanannya kan.kan. Lagi pun bukan senang saya nak publish entry ni. ahh saya tak layak pun nak buat tips macam ni, sebab saya bukannya hebak macam korang  nak kemuka kaki kan tips.


Tapi,
Jauh di sudut hari murni saya ni nak buat perkongsian bersama dengan apa yang buat untuk penjagaan kulit muka. mengikut pengetahuan saya. saya hanya mengunakan air dan jugak lidah buaya sahaja.


Air.
  1. Air memang keperluan asas setiap manusia. betul. oleh itu banyak minum air putih supaya kulit muka kita akan cerah,gebu dan lembab. boleh jugak kempis kan perut buncit. eh lari tajuk.
  2. Cucilah muka setiap hari dalam sehari sekurang-kurang 7 kali. mujarab. janganlah tunggu muka melekit, berminyak baru nak cuci kan. kalau boleh hindar ia terjadi. sebab jerawat senang je datang. sayang kulit muka tau.
  3. Air wuduk boleh serikan wajah dan membuat kesegaran pada kulit. tak semestinya nak solat je berwuduk, dikala kita duduk saja-saja pun berajin-rajinlah berwuduk. kalau nak tido pun ok. katanya kalau kita dalam keadaan berwuduk, syaitan susah nak ganggu. 
Lidah Buaya.
Saya buat masker dengan gel lidah buaya ni,rasa sejuk dan segar je bila dah tempek kat muka. senang je nak dapat lidah buaya ni, boleh tanam kat umah, pastu petik je. hehe kalau bagi yang tak tahu nak ambik kat mana, meh la datang petik kat rumah saya.
  • Kelebihan lidah buaya.
Keistimewaan lidah buaya ini terletak pada gel-nya mengandung lignin yang mampu menembus dan meresap ke dalam kulit sehingga membuat kulit tidak cepat kering dan selalu kelihatan lembab. Lendir ini akan menahan hilangnya cairan tumbuh dari permukaan kulit. membantu menguatkan jaringan kulit sehingga tidak mengendur, serta membantu mencegah penuaan.
  • Melicinkan kulit muka.
Amalkan sapu lendir lidah buaya setiap kali sebelum tidor sebab ia boleh melicinkan kulit muka. jugak boleh menghilangkan parut jerawat. lendir lidah buaya lebih baik daripada cream lidah buaya yang mengandungi bahan kimia. lebih mujarab pakai yang asli. 
  • Menghilangkan Jerawat.
Lidah buaya juga dapat menghilangkan jerawat, Lidah buaya dianggap sebagai pembersih wajah terbaik. ia membantu anda menghilangkan jerawat dan mengecilkan pori-pori wajah. 

Cara-caranya :
-petik sebatang lidah buaya.
-hiriskan duri dia, dan keluar kan gel/lendir lidah buaya.
-hadap cermin pasti sapukan kat seluruh muka. 
-tunggu 15 minit sehingga kering. p la main pou dulu.
-last basuh muka dengan air suam. lap dengan kain bersih.

Sekian saja tips saya untuk kali ini. saya harap berguna untuk anda.
Terima kasih sudi baca.

Friday, 11 April 2014

Taskirah : Sunnah Dan Adab

Assalamualaikum^^
Salam Jumaat.



p/s : Luangkan masa 20 minit untuk membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat.
insyaAllah peringatan untuk diri sendiri juga. 
creadit

Thursday, 10 April 2014

Betul-Betul Tak Sangka

Salam 

Alhamdulililah saya memang tak sangka pun yang saya boleh dapat brim ni, sebab tak ada sebab. tahun lepas 2013 mama suruh saya isi borang permohonan tapi saya buat dek je..paling malas kan nak isi bagai ni, sehinggakan dah tamat tempoh permohonan mama saya still lagi suruh mohon..

saya fikir nak mohon buat apa sebab dah tahu mesti tak akan dapat.. mesti. dengan pendapatan saya sekarang,memang tak la kan..

sampai satu hari tu, mama saya cakap ''wey kak masih sempat lagi nak mohon ni, cepat la hantar borang tu, isi form dalam online je'' saya malas la nak tunggu la,sebab dah banyak kali pesan, terus la isi sebab kat online je kan, tak payah nak hantar bagai, klik send dah siap.

few day dalam bulan 2 atau 3 kot, lupa dah..surat sampai kat rumah,surat bagitahu saya akan terima brim ni, dia suruh tukar cek kat bank, saya pun laju-laju kan.. rm250 saya dapat.. syukur.

rezeki nak kahwin masa tu, boleh buat duit tambahan beli barang kawen, saya dengan mama pergi settelkan rm250 tak sampai satu hari pun.. haha

Tok saya dan mama saya :)

 lepas tu masuk tahun ni pulak 2014, mama pesan lagi dan tetiba ramai yang tanya saya dapat ke brim lagi, sebab bila dah berkahwin akan dapat rm650 kot..saya pun buat tak kisah lagi, pergi la mohon, ulang-ulang setiap tahun saya dengar ayat yang sama, dah tahu saya malas nak isi form kan.

baru-baru ni tetiba saya dapat surat lagi, surat cakap saya akan dapat brim. saya pun pelik la sebab saya tak mohon pun. dalam surat tu dia suruh saya bagi no akaun untuk dia transfer duit.

ambil masa dua tiga hari untuk fikir, saya tanya adik saya kat mana nak bagi no akaun ni?
adik saya cakap kena pergi kat lembaga  hasil.. memanggggg malas laaa kan...
saya buat keputusan abaikan terus surat tu.

minggu lepas saya terima surat lagi, surat cakap saya telah menerima RM300 dan telah ditransferkan kedalam akaun saya.. ni lagi pelik sebab saya tak bagi pun no akaun. mana dia dapat.?
takde pulak saya extited nak pegi check pun, sebab saya memang tak layak pun dapat brim ni, dan baru semalam saya pegi bank tengok memang ada rm300.. alhamdulillah.

betul-betul tak sangka saya boleh terima duit brim ni, padahal lebih ramai lagi yang memerlukan duit brim dari saya, tapi saya tetap bersyukur terima rezeki dari Allah. dua kali saya terima setiap tahun tanpa di sangka-sangka. mungkin rezeki nak kawen masa tu, dan sekarang rezeki anak kot. insyaAllah.

p/s: saya tak kemas kini status saya dalam borang tu,sebab tu dapat 300 :)

Saturday, 5 April 2014

Info : Bahaya Bersilang Kaki

Assalamualaikum^^

Pernah tak korang baru 15 minit duduk di kerusi, pastu dah berasa penat dan tukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, korang tukar lagi posisi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan. 
Sebenarnya, ramai juga mempunyai tabiat gemar duduk bersilang, terutama yang bekerja di pejabat. Tidak kurang juga yang menganggap duduk bersilang boleh menyebabkan tulang belakang bengkok, seterusnya menyebabkan kesukaran 
bergerak.


Duduk dengan bersilang kaki akan memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar. Ia mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh. Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’. 
Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan. Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman. So, bagi mendapatkan kehidupan lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik.

Cara Duduk Yang Betul
  • Pastikan anda duduk menghala ke depan.   
  • Jangan duduk pada bahagian hujung kerusi.  
  • Duduk sama aras antara atas dan bawah kerusi.  
  • Apabila duduk, pastikan siku dekat dengan badan.  
  • Elak duduk di kerusi yang tiada penghadang (kerusi bulat).  
  • Amalkan duduk di kerusi yang mempunyai penyokong belakang badan.
ps : Iols pun suka duduk bersilang macam ni, rasa berkeyakinan gitu.. hehee
korang pun suka gak ke duduk bersilang ??

Wednesday, 2 April 2014

Review Kulit Cantik?

Salam Semua,

pengenalan.

title review tetiba kan lepas tu tetiba pengenalan..huahua.. saje je kasi gempak sikit kan first time update blog. lepas blog lama dah hilang ini lah kali pertama update 2014 punya cerita.
sebelum ini dan update jugak kan cuba tgok kt few entri yang lain, tapi itu entry yang bukan tahun ini punya nampak macam pelik kan bukan tahun ni punya..hahaa

memang taip tahun ini, tapi cerita mengenai blog hilang yang tahun lepas punya. baru mula balik semalam bila masuk je bulan april fool ni, fool tu saje tambah.

semalam saya masuk giveaway setelah 2 tahun tak pernah jenguk blog sampai blog merajuk sampai blog jadi blank!, lepas tu saya buat entri Hi April simple je letak gambar je pun sebab menandakan saya update jugak la kan..

tadi kata nak review kan? sebenarnya tak de nak review apa pun hari ni, nanti insyaallah saya buat review produk yang saya guna dan mekup best yang saya pakai untuk share dengan uolls, kata sharing is caring, kecantikan hak milik setiap insan, wah gitu kan statment saya.. so tak salah sekiranya saya kongsi.

sebelum kita review jom kita tengok gambar ni nak?
.
.
.
.
rasa nak selongkar drawer baba nak cari kertas pasir nak gosok kat muka kasi licin macam dalam gambar ni.baru puas hati. huuhu.. sape yang nak tak nak cantik kan. ini baru contoh muka licin yang saya ambik dalam google, belum tengok yang lain lagi, semua cantik. boleh nangis tengok tau. :)

Tuesday, 1 April 2014

Hi April !

Assalamualaikum,

Gambar masa baru lepas jadi suami isteri 3hari.. 
sekian.
 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna