Thursday, 10 April 2014

Betul-Betul Tak Sangka

Salam 

Alhamdulililah saya memang tak sangka pun yang saya boleh dapat brim ni, sebab tak ada sebab. tahun lepas 2013 mama suruh saya isi borang permohonan tapi saya buat dek je..paling malas kan nak isi bagai ni, sehinggakan dah tamat tempoh permohonan mama saya still lagi suruh mohon..

saya fikir nak mohon buat apa sebab dah tahu mesti tak akan dapat.. mesti. dengan pendapatan saya sekarang,memang tak la kan..

sampai satu hari tu, mama saya cakap ''wey kak masih sempat lagi nak mohon ni, cepat la hantar borang tu, isi form dalam online je'' saya malas la nak tunggu la,sebab dah banyak kali pesan, terus la isi sebab kat online je kan, tak payah nak hantar bagai, klik send dah siap.

few day dalam bulan 2 atau 3 kot, lupa dah..surat sampai kat rumah,surat bagitahu saya akan terima brim ni, dia suruh tukar cek kat bank, saya pun laju-laju kan.. rm250 saya dapat.. syukur.

rezeki nak kahwin masa tu, boleh buat duit tambahan beli barang kawen, saya dengan mama pergi settelkan rm250 tak sampai satu hari pun.. haha

Tok saya dan mama saya :)

 lepas tu masuk tahun ni pulak 2014, mama pesan lagi dan tetiba ramai yang tanya saya dapat ke brim lagi, sebab bila dah berkahwin akan dapat rm650 kot..saya pun buat tak kisah lagi, pergi la mohon, ulang-ulang setiap tahun saya dengar ayat yang sama, dah tahu saya malas nak isi form kan.

baru-baru ni tetiba saya dapat surat lagi, surat cakap saya akan dapat brim. saya pun pelik la sebab saya tak mohon pun. dalam surat tu dia suruh saya bagi no akaun untuk dia transfer duit.

ambil masa dua tiga hari untuk fikir, saya tanya adik saya kat mana nak bagi no akaun ni?
adik saya cakap kena pergi kat lembaga  hasil.. memanggggg malas laaa kan...
saya buat keputusan abaikan terus surat tu.

minggu lepas saya terima surat lagi, surat cakap saya telah menerima RM300 dan telah ditransferkan kedalam akaun saya.. ni lagi pelik sebab saya tak bagi pun no akaun. mana dia dapat.?
takde pulak saya extited nak pegi check pun, sebab saya memang tak layak pun dapat brim ni, dan baru semalam saya pegi bank tengok memang ada rm300.. alhamdulillah.

betul-betul tak sangka saya boleh terima duit brim ni, padahal lebih ramai lagi yang memerlukan duit brim dari saya, tapi saya tetap bersyukur terima rezeki dari Allah. dua kali saya terima setiap tahun tanpa di sangka-sangka. mungkin rezeki nak kawen masa tu, dan sekarang rezeki anak kot. insyaAllah.

p/s: saya tak kemas kini status saya dalam borang tu,sebab tu dapat 300 :)

4 comments:

Sara Zawawi said...

Bestnya! Murah reseki :)

Intan Saffyna said...

@Sara Zawawialhamdulillah :)

Siti Norasikin said...

rezeki tu..cik siti juga yg x dpt..huhu

Intan Saffyna said...

@Siti Norasikin rezeki dr Allah :)

 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna