Monday, 5 May 2014

Info : Kepak Ayam Bahaya Untuk Wanita

Assalamualaikum^^

Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita. Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.

Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?

Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.

Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.

tengok memamg sedap sampai meleleh-leleh..

Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.

Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).

Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.

Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.

Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.

 Credit : prince91.com 
Terima kasih sebab sudi baca entry ni.


20 comments:

Sis Anna said...

Bahagian paling fevret tu. Alahai..

Hana Hafis said...

Hey new friend! Kita singgah..😄

Kite suka makan cenonggeng ayam..hehehe..

cahaya mata said...

huhu..scarynye.. dh la minat mkn kepak gk.. xmo mkn dh la.. =(

Anonymous said...

admin ada ke buat kajian atau ada pengalaman tentang proses ternak ayam?.Saya penternak ayam.Mana ada masa nak suntik ayam yang berjumlah 40 - 50 ribu ekor dalam kandang.Jangan bagi info yang mengelirukan orang awam.Kalau nak tulis sesedap rasa jangan sebarkan analisa palsu.

Siti Norasikin said...

dah lama tau tp x blh kawal diri dr mkn kepak ayam..hehe

MaMa MuRsYiD said...

Peberet part.. So x leh tahan napsu bile tgk kepak ayam

ieta mat Sa'ad said...

kepak ayam mrmang sedap. lagi2 kepak ayam madu. pehhh! ^__^

Syazwani Yazid said...

Wahhh nasib baik kite tak minat kepak Ayam sgt

Hafiza AizZawa said...

sedap bahagian kepak.. bahaya sbb dorg suntik ubat..

Norhasniza Khalid said...

mama tak minat langsung kepak ayam ni..

Intan Saffyna said...

@Sis Annadulu pun saya mmg suka kepak ayam..

Intan Saffyna said...

@Hana Hafis saya mmg suka gile cenonggeng ayam, lg2 ayam madu. ulang3 p beli setiap balik ofis.. maka saya diistiharkan gemokkk! bahaya.

Intan Saffyna said...

@cahaya matasesekali makan boleh kot.. huhu

Intan Saffyna said...

@Anonymous saya bukan menulis sesuka hati, ada fakta yang menyata bahagian kepak ayam disuntik supaya ayam cepat membesar.. so, jika saya tersilap, saya mintak maaf, kita boleh berbincang tentang issue ni, tak perlukan anda menjadi cik anon untuk menunjukkan bakat. tq.

Intan Saffyna said...

@Siti Norasikin sama lah kita.. tp berpada2 bila makan :)

Intan Saffyna said...

@MaMa MuRsYiD kan.. lagi2 ayam madu yang panas2.. :)

Intan Saffyna said...

@ieta mat Sa'ad mmg pun.. kalau nampak kat pasar mlm.. sampai pikir 2,3 kali nak beli tau tak... kalau ikutkan nafsu..... hmm tak tahu nak cakap. :)

Intan Saffyna said...

@Syazwani Yazid baguslah.. makan bahagian lain pun boleh.. :)

Intan Saffyna said...

@Hafiza AizZawa kan.. bahaya:)

Intan Saffyna said...

@Norhasniza Khalid bagus lah mama tak minat... makan ikan pun sedap.. :)

 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna