Tuesday, 20 May 2014

Saya nak baby kembar :)


Salam Ladiess,

Hiihii.. baca tajuk pun dah nampak sangat terpengaruh dengan drama aku isterinya episod akhir tadi.. sebenarnya saya memang isteri kepada mikaell pun.. haha.. bukan mikael dalam drama tau. dah memang suami saya nama mikaell kan.. padan la saya tetiba teringin nak dapat baby kembar.

satu lelaki dan satu perempuan.. hah kau terlampaui batas permintaan kan.. huhu.. apa salahnya kan, mana tahu reziki saya dan suami.. insyaallah..


sebelum ni, memang saya dan suami teringgin nak baby kembar, tapi kami tak ada baka' pun sebenarnya.
hanya berdoa dan tawakal je :)

walaupun sehingga sekarang ni, saya belum dikurniakan anak lagi, tapi kami tak pernah berhenti berdoa.
saya berharap anda yang singgah ke blog saya ni sudi mendoakan saya dan suami.. insyaallah..

saya jumpa ayat ni kat google, tapi tak tahulah ianya akan berkesan/mujarab atau tidak, yang pastinya kita sebagai manusia harus berdoa dan terus berusaha. jika diizinkan oleh Allah manalah tahu kan.. Amin.

Terima kasih sudi baca.



16 comments:

Ismi Ana said...

Aminn... Insya-Allah, mudah-mudahan kak intan dikurniakn beby kembar. Hehe. Mane la tahu kak Intan direzeki kn dpt kembar wpun xde baka kembar. ^__^

young girl said...

saya pn tingin nak anak kembar, walaupun ada anak buah kembar

Intan Saffyna said...

@Ismi Ana insyaallah.. terima kasih ye sudi mendoakan :)

Intan Saffyna said...

@young girl oh ye.. best la..

Puteri said...

amin. saya pun nak anak kembar. hehehehehe

shafiqa ellia said...

Hi, singgah follow blog awak. Mudah-mudahan dapat anak kembar hihi

CintaKhadijah said...

cuba amal susu kambing dengan kurma.. kita usaha dan tawakal.. insyaAllah.. ;)

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Samalah kita, blom ada rezeki lagi.
Keep praying to Allah (^^,)
Singgah sambil menabung mr.nuff :)

Intan Saffyna said...

@Puteri amin. mmg sesiapa pun ingin kan baby kembar kan.. :)

Intan Saffyna said...

@shafiqa ellia tq sudi follow saya. mudah2an insyaallah :)

Intan Saffyna said...

@CintaKhadijahinsyaallah, terima kasih ye :)

Intan Saffyna said...

@Siti Nooryanawati Mohamed insyaallah.. semoga awak di kurnian seorang anak.. insyaallah:)

ros_reeza said...

Amin. Ros doakan moga kita dapat bergelar ibu..

cik kompas said...

Datang singgah sini...waaa.....sambil mata bintang2...saya yg xnikah lagi ni pon nak anak kembar jugak!!!hihihihihi

Intan Saffyna said...

@ros_reeza insyaaallah ros.. saya pun teringin nak jadi ibu :)

Intan Saffyna said...

@cik kompas mmg ramai yang inginkan baby kembar macam saya pun nak jugak :)

 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna