Wednesday, 18 June 2014

1st Anniversary 06 June 2014

Assalammualaikum.

hi jumpa lagi kita hehehe dah beberape hari saya saja tangguhkan nak taip entry ni, padahal penting jugak untuk saya publish entry sebab ni adalah my 1st annyversary.

ya first annyversary,
setelah saya telah selamat dinikahkan dengan suami saya yang paling best dalam dunia pada tahun lepas.

sepanjang setahun saya bersama suami, ............. ESOK SAMBUNG BOLEH.. klik entry : (10 june 2014)

***************************************************************************************************************************************
continue the moment. hari ni 18 june 2014

hehe.. ambil masa kan saya ni.. takpa lah janji saya teruskan jugak buat entri ni ye dak..

sepanjang selama setahun saya bersama suami, terlalu banyak perkara yang saya lalui.. memang manis. semuanya first time mesti la best kan..

mulanya dulu saya dan suami  merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada awal january 2013. saya mula memberi tahu mama dan baba saya.. wah gementar giler. kahkahkah.. tapi saya teruskan hajat.

suami pun bagitahu my family tentang hubungan kami.. mama dan baba saya pun setuju sangat memandang kami dah berkawan lama sangat plus saya dah 26 tahun tapi tak pandai nak kawen pun. kahakahkah.. kawan-kawan sebaya saya dah mempunyai seorang dua orang anak.. mama tak sabar dapat cucu kot.

tapi saya dan suami tak pernah berbincang pun bila tarikh yang sesuai untuk kami langsungkan perkahwinan. pelik kan kitaorang, nak kawen tapi tak ada tarikh.

walaupun tak ada tarikh, saya tetap teruskan buat urusan nikah kawen. bulan february 2013 saya pergi kursus perkahwinan dekat mahligai firdaus. balik dari kursus saya pergi shopping saya sakan beli barang untuk buat hantaran..

saya buat sendiri je semua, hasil dari tangan saya sendiri. walaupun bukannya cantik tapi saya puas hati.


ni lah hasil hantaran kedua-dua pihak yang saya buat sendiri.

ambil masa dua bulan untuk saya siapkan hantaran ni.. mama ada tolong sikit-sikit kalau saya keluar pergi uruskan hal kawen. masuk bulan march 2013 saya pun bincang dengan suami tarikh apa yang sesuai untuk hidup baru kami. seminggu saya dok ulang belek-belek calender bila nak cari tarikh untuk proses kad kawen.

susah jugak nak menentukan sebenarnya, tapi setelah di teliti dikaji, kami buat keputusan untuk tarikh 06 june 2013. bila dah save the date, bermula hari-hari bercelaru otak saya nak siap kan segalanya tanpa ketinggalan satu perkara pun. bersungguh betul.

masuk saja bulan april dan may 2013, lagi rancak saya uruskan macam-macam, ke klinik untuk hiv test tapi kena pergi klinik kerajaan atau klinik satu malaysia saja, orang punya ramai, kami kena tunggu, oh sungguh memenatkan.. kenapa la dia tak buat kat klinik swasta? senang cepat.. kami tak suka tunggu lama-lama maka kami gagah pergi cari klinik kat ceruk-ceruk kampung pendalaman yang agak tak ramai orang, sekali masuk tak sampai setangah jam siap.. lega sangat.

malam saya uruskan borang kawen, dah last minit baru kami tempah baju kawen, memang dah lewat sangat dah untuk tempah baju sebenarnya, tapi alhamdullilah segalanya berjalan lancar.

tibalah saat yang di tunggu, saya mula terbayangkan perkara tak elok, kusut betul boleh pulak fikir yang bukan-bukan. banyak yang bermain-main dalam fikiran saya. sampaikan saya cakap biarlah apa yang terjadi pun kita hanya merancang saja tapi tuhan yang menentukan.

yela banyak kes kan, bila nak kawen terjadi perkara buruk berlaku.. nauzubillah.. mintak dijauhkan dalam kelauraga saya.
saya banyak berdoa agar majlis saya sempurna dan berjalan lancar akhirnya bersyukur sangat apa yang dirancang semua dimakbulkan. bersangka baik dengan allah. insyaallah dipermudahkan.

sehingga saat akhir untuk permulaan kehidupan baru saya dan suami, 06 june 2013, saya  diijab kabulkan dengan sekali lafaz, syukur sangat, lelaki yang saya curahkan kasih dan sayang selama bertahun-tahun telah menjadi suami saya dunia akhirat.


bermulalah saat manis kebahagiaan menusuk dalam hati apabila cincin disarungkan. untuk entry nikah saya klik link http://intansaffyna.blogspot.com/2014/05/the-solemnization-day-6hb-june-2014.html

bersaambung.......

p/s : panjang sangatkan, saya pun dah penat menaip, esok saya sambung lagi, insyaallah. harap anda sudi baca walaupun panjang.

selamat malam.

Monday, 16 June 2014

Kembali Menaip

salam ladiess,

huh! dah lima hari berlalu, entry yang ada dalam draf pun tak sambung menaip pun lagi.. rasa cepat sangat masa sekarang sampai tak sempat nak kejar. lepas tu cuaca memang panas, gila-gila punya panas.

hari saya gagah taip entri baru, sebab taknak laah lama2 biar kan.. walaupun saya buat entry pendek je.

sebenarnya saya banyak yang nak cerita dalam blog ni, pasal annversary saya pun smpat taip lagi, tapi saya dah ada cerita baru pulak. pasal prenancy saya,dan ada dua tiga lagi cerita baru..

tapi

entah kenapa saya jadi tak ada mood sangat nak menaip, adakah disebabkan saya hamil,  sebenarnya ye kot? saya selalu je letih cepat mengantuk.

tapi saya akan cuba jugak untuk teruskan perjuangan menaip blog, haish tengah menaip ni saya baru lepas menguap.. tengok baru je janji nak teruskan perjungan.. cam mana tu???

apa2 pun saya gagah kan diri jugak.. insyaallah..


comelnya ya allah.. dah macam anak patung..

bye.


Tuesday, 10 June 2014

Memanggggggg Malaassss

Salam..

baca tajuk pun dah dapat agak bertapa malasnya saya.. plus mengantuk gileerr..
biasanya saya boleh je tahan mata buat benda mengarut, tapi sejak ada baby dalam perut ni saya selalu jadi malas, cepat mengantuk dan asyik lapa je tau..

sebenarnya tadi saya tengah taip entry 1st annyversary saya 06 june lepas, tapi baru taip dua tiga ayat saya dah mengantuk gilerr.. tambahan pulak suami pun dah tido saya pun laju-laju rasa nak tido jugak..

maka tergendala-lah entry tersebut..


esok jela saya sambung entry tu, dengan nak cari gambar lagi malas kot.. padanlah dah berhari-hari saya tak update entry baru, bukak blog sendiri ape tah lagi kan.. malas sasangat.. hehehe.. bye
selamat malam.



Sunday, 1 June 2014

Beberapa Perkara Yang Berlaku Sepanjang Bulan Mei

Assalammualaikum..

Disebabkan ada beberapa perkara yang saya lalui,disebabkan itu saya tak tahu nak buat entry yang mana satu dulu. semuanya penting dalam kehidupan seharian.. maka saya biarkan blog bersawang tanpa isi entry baru.

betul-betul kehilangan mood untuk menaip.

tapi hari ini saya harus teruskan kehidupan berblogging,walaupun pahit namun ditelan jua.. cewah ayat memang nak poyo je kan. sebenarnya tak ada lah teruk mana pun.hehe

lagipun sudah masuk bulan jun, kalau saya tak mula balik menaip entry baru maka sampai berbulan-bulan ia akan berterusan.

Aantaranya adalah :

Baba saya patah kaki.
kisahnya berlaku ditempat kerja baba saya, dia hanya terpecuk sikit je, tapi ada bunyi kruk katanya.. balik rumah terus pergi urut tapi tak baik jugak.. kami adik beradik bawak baba pergi hospital, terus x-ray rupanya ada tulang halus patah kat area buku lali. dokter pun simen kaki. sudah tiga minggu baba saya bersimen, jalan pun pakai tongkat. kesian saya tengok baba saya, dia dahlah memang seorang yang aktif tapi dah bersimen tak dapat buat apa-apa. tapi itu pun ada jugak kerja yang nak dibuatnya.. haishh..

Dan esok 2/jun saya nak hantar baba saya pergi hospital untuk bukak simen tu, harap-harap tulang yang patah dah bersambung balik.. semoga dipermudahkan..insyaallah.

Kura-kura hilang
saya mempunyai dua ekor kura-kura sangat besar dan gemok,tapi sekor dah hilang hari selasa, masing-masing tak perasan bila dia keluar dari rumah, tapi kebiasaannya dia merayap sampai rumah sebelah dan pandai balik sendiri, tapi hari tu keluar terus tak balik.

cari sampai puas tapi tak jumpa jugak, seluruh tempat cari dalam longkang tepi kebun rumah sebelah, bawah kereta tapi tak jumpa. tak pasti kalau ada orang dah ambil. tapi kalau orang ambil saya harap mereka akan pulangkan balik.

tinggallah kura kura betina tido sendiri tanpa teman. yang jantan dah hilang.. dah la dia sangat pintar, sedih sangat.. baba saya pun sedih selalu dia balik kerja mesti bagi kura kura makan, tapi bila sekarang baba pun patah tulang tak dapat nak buat pape. (hari tu ada orang nak tahu kisah kura-kura besar saya, tapi tak sempat nak buat entry, dia hilang pulak dan cuma tinggal seekor sahaja, hanya gambar dan video je tinggal kenangan.. insyaallah saya akan buat entry pasal kura-kura nanti)

Majlis Perbandaran rampaas barang.
beberapa minggu lepas,saya dan suami ternampak majlis perbandaran rampas laju-laju barang penjaja kat tepi jalan. sedih hati tengok dorang musnahkan barang peniaga..ada beberapa gerai kat situ, semuanya kena rampas, yang paling tragis sekali perbuatan mereka tu disaksikan anak-anak kecik peniaga tu, sayu je hati dorang bila barang di rampas, esok lusa macam mana nak cari duit bagi makan anak-anak..

bagi saya tak patut dorang buat macam tu, macam tak berhati perut. walaupun mereka yang bersalah meniaga tanpa permit, tapi tak patut jugak main rampas je barang orang, walaupun anggapan orang mereka degil, tapi tahukan anda mereka hanya perlukan duit setiap hari untuk pembelanjaan harian.

ada pakcik yang meniaga buah kat situ, semuanya memerlukan modal untuk beli buah buahan tersebut, tapi apa yang saya nampak pihak majlis sepak baling buah tersebut, campak masuk dalam lori. sedih tengok pakcik tu.. ada yang pernah bagi tahu saya pihak majlis makan pulak barang-barang meniaga tersebut,, tahukan anda makanan yang anda makan itu haram atau tidak. fikirlah balik.

memang saya nak buat entry pasal majlis rampas barang ni, tapi masa tak mengizinkan, dan banyak kali sebenarnya pihak majlis perbandaran buat rampasan dan kebetulan saya melihatnya.. sedih betul.

***********
haishh.. ok dah samapai sini saja entry saya kali ni, lagi lama saya hadap blog ni sebenarnya lagi panjang kang saya hurai pasal majlis perbandaran ni.. hehehe saya hanya berkongsi saja..

tapi kan..
sebenarnya ada berita lagi penting dalam hidup saya..
baru-baru ni kan..
saya kan..
mummy to be now!!. yeaaayy..
alhamdullilah.. tapi saya nak cerita kat entry lain,insyaallah esok kalau rajin.. hehe
sepanjang umur 27 tahun ni..sekaranglah mood yang paling happy sekali selepas saya diijab kabulkan.

 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna