Wednesday, 18 June 2014

1st Anniversary 06 June 2014

Assalammualaikum.

hi jumpa lagi kita hehehe dah beberape hari saya saja tangguhkan nak taip entry ni, padahal penting jugak untuk saya publish entry sebab ni adalah my 1st annyversary.

ya first annyversary,
setelah saya telah selamat dinikahkan dengan suami saya yang paling best dalam dunia pada tahun lepas.

sepanjang setahun saya bersama suami, ............. ESOK SAMBUNG BOLEH.. klik entry : (10 june 2014)

***************************************************************************************************************************************
continue the moment. hari ni 18 june 2014

hehe.. ambil masa kan saya ni.. takpa lah janji saya teruskan jugak buat entri ni ye dak..

sepanjang selama setahun saya bersama suami, terlalu banyak perkara yang saya lalui.. memang manis. semuanya first time mesti la best kan..

mulanya dulu saya dan suami  merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada awal january 2013. saya mula memberi tahu mama dan baba saya.. wah gementar giler. kahkahkah.. tapi saya teruskan hajat.

suami pun bagitahu my family tentang hubungan kami.. mama dan baba saya pun setuju sangat memandang kami dah berkawan lama sangat plus saya dah 26 tahun tapi tak pandai nak kawen pun. kahakahkah.. kawan-kawan sebaya saya dah mempunyai seorang dua orang anak.. mama tak sabar dapat cucu kot.

tapi saya dan suami tak pernah berbincang pun bila tarikh yang sesuai untuk kami langsungkan perkahwinan. pelik kan kitaorang, nak kawen tapi tak ada tarikh.

walaupun tak ada tarikh, saya tetap teruskan buat urusan nikah kawen. bulan february 2013 saya pergi kursus perkahwinan dekat mahligai firdaus. balik dari kursus saya pergi shopping saya sakan beli barang untuk buat hantaran..

saya buat sendiri je semua, hasil dari tangan saya sendiri. walaupun bukannya cantik tapi saya puas hati.


ni lah hasil hantaran kedua-dua pihak yang saya buat sendiri.

ambil masa dua bulan untuk saya siapkan hantaran ni.. mama ada tolong sikit-sikit kalau saya keluar pergi uruskan hal kawen. masuk bulan march 2013 saya pun bincang dengan suami tarikh apa yang sesuai untuk hidup baru kami. seminggu saya dok ulang belek-belek calender bila nak cari tarikh untuk proses kad kawen.

susah jugak nak menentukan sebenarnya, tapi setelah di teliti dikaji, kami buat keputusan untuk tarikh 06 june 2013. bila dah save the date, bermula hari-hari bercelaru otak saya nak siap kan segalanya tanpa ketinggalan satu perkara pun. bersungguh betul.

masuk saja bulan april dan may 2013, lagi rancak saya uruskan macam-macam, ke klinik untuk hiv test tapi kena pergi klinik kerajaan atau klinik satu malaysia saja, orang punya ramai, kami kena tunggu, oh sungguh memenatkan.. kenapa la dia tak buat kat klinik swasta? senang cepat.. kami tak suka tunggu lama-lama maka kami gagah pergi cari klinik kat ceruk-ceruk kampung pendalaman yang agak tak ramai orang, sekali masuk tak sampai setangah jam siap.. lega sangat.

malam saya uruskan borang kawen, dah last minit baru kami tempah baju kawen, memang dah lewat sangat dah untuk tempah baju sebenarnya, tapi alhamdullilah segalanya berjalan lancar.

tibalah saat yang di tunggu, saya mula terbayangkan perkara tak elok, kusut betul boleh pulak fikir yang bukan-bukan. banyak yang bermain-main dalam fikiran saya. sampaikan saya cakap biarlah apa yang terjadi pun kita hanya merancang saja tapi tuhan yang menentukan.

yela banyak kes kan, bila nak kawen terjadi perkara buruk berlaku.. nauzubillah.. mintak dijauhkan dalam kelauraga saya.
saya banyak berdoa agar majlis saya sempurna dan berjalan lancar akhirnya bersyukur sangat apa yang dirancang semua dimakbulkan. bersangka baik dengan allah. insyaallah dipermudahkan.

sehingga saat akhir untuk permulaan kehidupan baru saya dan suami, 06 june 2013, saya  diijab kabulkan dengan sekali lafaz, syukur sangat, lelaki yang saya curahkan kasih dan sayang selama bertahun-tahun telah menjadi suami saya dunia akhirat.


bermulalah saat manis kebahagiaan menusuk dalam hati apabila cincin disarungkan. untuk entry nikah saya klik link http://intansaffyna.blogspot.com/2014/05/the-solemnization-day-6hb-june-2014.html

bersaambung.......

p/s : panjang sangatkan, saya pun dah penat menaip, esok saya sambung lagi, insyaallah. harap anda sudi baca walaupun panjang.

selamat malam.

6 comments:

Ismi Ana said...

Bestnye.. First anniversary adiah dia..baby.. Hehe.. :D

Asyiqin Marshgold said...

Sweetnyaaaa ,, rasa macam tak sabar pulak nak kahwin .. tahniahhhh :)

Filzah Azzahra said...

Happy Anniversary buat akak and suami. 2 Jun lepas, anniversary ibu ayah kita. Bagi kek jer.

Intan Saffyna said...

@Ismi Ana yeayy.. dapat baby.. alhamdulillah :)

Intan Saffyna said...

@Asyiqin Marshgold tq ye.. kawen la cepat2 best tau dapat jadi isteri n umi to be.. :)

Intan Saffyna said...

@Filzah Azzahrathanks dear, anniversary jugak utk ibu dan ayah awak :)

 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna