Sunday, 1 June 2014

Beberapa Perkara Yang Berlaku Sepanjang Bulan Mei

Assalammualaikum..

Disebabkan ada beberapa perkara yang saya lalui,disebabkan itu saya tak tahu nak buat entry yang mana satu dulu. semuanya penting dalam kehidupan seharian.. maka saya biarkan blog bersawang tanpa isi entry baru.

betul-betul kehilangan mood untuk menaip.

tapi hari ini saya harus teruskan kehidupan berblogging,walaupun pahit namun ditelan jua.. cewah ayat memang nak poyo je kan. sebenarnya tak ada lah teruk mana pun.hehe

lagipun sudah masuk bulan jun, kalau saya tak mula balik menaip entry baru maka sampai berbulan-bulan ia akan berterusan.

Aantaranya adalah :

Baba saya patah kaki.
kisahnya berlaku ditempat kerja baba saya, dia hanya terpecuk sikit je, tapi ada bunyi kruk katanya.. balik rumah terus pergi urut tapi tak baik jugak.. kami adik beradik bawak baba pergi hospital, terus x-ray rupanya ada tulang halus patah kat area buku lali. dokter pun simen kaki. sudah tiga minggu baba saya bersimen, jalan pun pakai tongkat. kesian saya tengok baba saya, dia dahlah memang seorang yang aktif tapi dah bersimen tak dapat buat apa-apa. tapi itu pun ada jugak kerja yang nak dibuatnya.. haishh..

Dan esok 2/jun saya nak hantar baba saya pergi hospital untuk bukak simen tu, harap-harap tulang yang patah dah bersambung balik.. semoga dipermudahkan..insyaallah.

Kura-kura hilang
saya mempunyai dua ekor kura-kura sangat besar dan gemok,tapi sekor dah hilang hari selasa, masing-masing tak perasan bila dia keluar dari rumah, tapi kebiasaannya dia merayap sampai rumah sebelah dan pandai balik sendiri, tapi hari tu keluar terus tak balik.

cari sampai puas tapi tak jumpa jugak, seluruh tempat cari dalam longkang tepi kebun rumah sebelah, bawah kereta tapi tak jumpa. tak pasti kalau ada orang dah ambil. tapi kalau orang ambil saya harap mereka akan pulangkan balik.

tinggallah kura kura betina tido sendiri tanpa teman. yang jantan dah hilang.. dah la dia sangat pintar, sedih sangat.. baba saya pun sedih selalu dia balik kerja mesti bagi kura kura makan, tapi bila sekarang baba pun patah tulang tak dapat nak buat pape. (hari tu ada orang nak tahu kisah kura-kura besar saya, tapi tak sempat nak buat entry, dia hilang pulak dan cuma tinggal seekor sahaja, hanya gambar dan video je tinggal kenangan.. insyaallah saya akan buat entry pasal kura-kura nanti)

Majlis Perbandaran rampaas barang.
beberapa minggu lepas,saya dan suami ternampak majlis perbandaran rampas laju-laju barang penjaja kat tepi jalan. sedih hati tengok dorang musnahkan barang peniaga..ada beberapa gerai kat situ, semuanya kena rampas, yang paling tragis sekali perbuatan mereka tu disaksikan anak-anak kecik peniaga tu, sayu je hati dorang bila barang di rampas, esok lusa macam mana nak cari duit bagi makan anak-anak..

bagi saya tak patut dorang buat macam tu, macam tak berhati perut. walaupun mereka yang bersalah meniaga tanpa permit, tapi tak patut jugak main rampas je barang orang, walaupun anggapan orang mereka degil, tapi tahukan anda mereka hanya perlukan duit setiap hari untuk pembelanjaan harian.

ada pakcik yang meniaga buah kat situ, semuanya memerlukan modal untuk beli buah buahan tersebut, tapi apa yang saya nampak pihak majlis sepak baling buah tersebut, campak masuk dalam lori. sedih tengok pakcik tu.. ada yang pernah bagi tahu saya pihak majlis makan pulak barang-barang meniaga tersebut,, tahukan anda makanan yang anda makan itu haram atau tidak. fikirlah balik.

memang saya nak buat entry pasal majlis rampas barang ni, tapi masa tak mengizinkan, dan banyak kali sebenarnya pihak majlis perbandaran buat rampasan dan kebetulan saya melihatnya.. sedih betul.

***********
haishh.. ok dah samapai sini saja entry saya kali ni, lagi lama saya hadap blog ni sebenarnya lagi panjang kang saya hurai pasal majlis perbandaran ni.. hehehe saya hanya berkongsi saja..

tapi kan..
sebenarnya ada berita lagi penting dalam hidup saya..
baru-baru ni kan..
saya kan..
mummy to be now!!. yeaaayy..
alhamdullilah.. tapi saya nak cerita kat entry lain,insyaallah esok kalau rajin.. hehe
sepanjang umur 27 tahun ni..sekaranglah mood yang paling happy sekali selepas saya diijab kabulkan.

9 comments:

Ismi Ana said...

Seriously kak intan? Bakal jadi mummy da kak intan kite sorg ni. Omg! Syukur alhamdulillah..smoge semuanye baik2 je.

Ija Rased said...

alhamdulilah :)

Nanie Dean said...

Alhamdulillah... tahniah Intan... jaga diri baik2 lepas ni... :)

Anonymous said...

Nice post. I learn something totally new and challenging on websites I stumbleupon everyday.
It will always be exciting to read content from other authors and use
something from their sites.

Feel free to visit my website; autocad 2015 keygen

Amanina Mads said...

tahniah bakal jd ibu.. :)

Intan Saffyna said...

@Ismi Ana thanks dear,syukur sgt :)

Intan Saffyna said...

@Ija Rasedalhamdulillah :)

Intan Saffyna said...

@Nanie Dean terima kasih kak.. :)

Intan Saffyna said...

@Amanina Mads tq. yes2 im ummi to be :)

 
The Author@Copyright©All Right Reserved by Intan Saffyna